TUARAN: Satu program walkabout sempena Tahun Baharu Cina telah diadakan semalam, mewakili Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau bersama rakan-rakan dari Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Tuaran dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran.
Program walkabout diketuai oleh Ahli Majlis Tertinggi dan Naib Ketua Bahagian UPKO Tuaran Terence Lee melibatkan kunjungan ke sekitar Pekan Tenghilan dan Tamparuli, bermula pada jam 8.30 pagi di Pekan Tenghilan dan berakhir pada jam 3.30 petang di Pekan Tamparuli.

Antara yang turut serta ialah Jeffry Teo, Joisin Romut, Dr. Raymond Alfred, Rayner Ebi, Kanil Dayou, Etty Jahan, dan Roland Chan. Walkabout ini bertujuan mempererat hubungan dengan komuniti setempat sambil menyampaikan ucapan selamat sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
More Stories
KUSKOP salur RM346.28 juta pembiayaan PMKS dan koperasi di Negeri Sembilan pada tahun 2024
Maritim Malaysia tahan dua bot tunda nelayan lakukan aktiviti tarik pukat tunda
Agensi di bawah KUSKOP bantu usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak