[ad_1]
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Ekonomi dan Perancangan Arab Saudi Mohammed Al-Tuwaijri di Bangunan Parlimen.
Pertemuan 11 pagi itu antara lain membincangkan pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi.
Turut dibincangkan dalam pertemuan itu ialah cadangan mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Keempat Malaysia-Arab Saudi yang akan memfokuskan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
Kali terakhir JCM Malaysia-Arab Saudi diadakan adalah pada 2004.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu