PAPAR: Seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh di tepi jalan di Kilometer 30, Jalan Papar-Beaufort, di sini, hari ini.
Wanita yang belum dapat dikenalpasti identitinya itu ditemui pada jam 9.30 pagi tadi dan dipercayai dibunuh berdasarkan beberapa kesan luka di badannya.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew AK Umpit berkata, mangsa ditemui oleh seorang pandu lori yang melalui jalan berkenaan.
Katanya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan hidung berdarah serta terdapat beberapa kesan luka pada tubuhnya.
“Berdasarkan siasatan pihak polis, terdapat kesan tikaman pada bahagian rusuk belakang sebelah kiri mangsa.
“Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Batholomew berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mempunyai pertalian dengan mangsa diminta tampil membantu siasatan polis.
Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Papar, Asisten Superintendan Rosli Rasi.-http://beritasabah.com
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK