[ad_1]
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Mohd Subri Hussain berkata mangsa, Lee Soo Nooi, 66, ditemui rentung atas katil dalam sebuah bilik di rumah yang musnah hampir 70 peratus itu.
Menurut Mohd Subri, mangsa tinggal bersama seorang kakaknya berusia 71 tahun, namun kakaknya tiada di rumah semasa kejadian.
“Kita menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 6.56 pagi…. Kebakaran berjaya dikawal 10 minit kemudian…,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Azmi Osman .
Mohd Subri berkata kes diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Katanya pihak bomba masih menyiasat punca kejadian dan nilai kerugian.
Sementara itu, anak saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai “Sum” berkata ibu saudaranya itu tidak berkahwin dan adalah anak kelima daripada tujuh beradik yang kesemuanya perempuan.
“Ibu saudara saya mengalami kecacatan di badan dan buta mata kiri sejak 20 tahun lalu akibat kemalangan, hanya tinggal berdua bersama kakaknya yang juga tidak berkahwin.
“Saya baharu bertemu dengannya baru-baru ini dan dia nampak okey sahaja dan tidak sangka itu kali terakhir kami berjumpa,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar