PETALING JAYA: Warga emas ditemukan maut dipercayai ditikam dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Pasir Rantau, Negeri Sembilan, pagi tadi.
Ketua Polis Seremban Arifai Tarawe, berkata lelaki berusia 74 tahun dijumpai tidak sedarkan diri selepas menerima polis maklumat pada 10.10 pagi.
Katanya, polis mendapati mangsa telah meninggal dunia dengan terdapat kesan tikaman di belakang badan dan dua buku lali.
Beliau berkata, susulan itu dua suspek lelaki berusia 18 dan 25 tahun ditangkap untuk siasatan lanjut.
“Motif kejadian masih dalam siasatan. Mayat si mati dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.
“Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.
Arifai meminta sesiapa mempunyai maklumat kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Mohd Firdaus Sudeerman di talian 010-3921373.
More Stories
Terjun laut tinggalkan 400 gram syabu
Kastam Sabah rampas 10.79kg syabu di Tawau
SPRM sita 8 kenderaan mewah milik sindiket seludup rokok, arak