[ad_1]
Ketua Zon 1 Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Khairul Jamil berkata mangsa Lee Khian Seng, 60, yang jatuh dari ketinggian enam meter disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan kira-kira 9.10 pagi tadi.
Beliau berkata mangsa dibawa keluar dari hutan tebal itu dengan menggunakan helikopter dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Katanya, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dihantar ke tempat kejadian dengan dibantu enam anggota lagi dari Unit Udara JBPM.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Jabatan Kesihatan hari ini dan mayat diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Mohd Khairul memaklumkan lelaki terbabit melakukan aktiviti pendakian bersama 12 pendaki lain dan 11 pemandu arah sejak Jumaat lalu.
Kata Mohd Khairul, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian menimpa mangsa pada 10.29 pagi semalam dan berdasarkan maklumat daripada saksi, lokasi mangsa berada, mengambil masa dua hari untuk tiba di sana.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar