BELURAN: Seorang warga emas hilang disyaki dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Banang, Paitan, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Peredot Kanon, 62, dipercayai sedang mencuci pakaian dan mandi bersama anaknya di tebing sungai sebelum disambar buaya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Rastam Keladi, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan hari ini selepas kejadian dimaklumkan kepada bomba pada jam 7.30 pagi.

Katanya, operasi membabitkan lima anggota bomba bersama sebuah bot.
“Mangsa belum ditemui sehingga kini. Operasi mencari masih diteruskan,” katanya.-http://beritasabah.com
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK