12 PASUKAN BAKAL BERENTAP PADA KEJOHANAN BOLASEPAK VETERAN PIALA UPKO BELURAN

Tommy (duduk tengah) bersama AJK penganjur beliau

TELUPID: Sebanyak 12 Pasukan akan berentap pada kejohanan bolasepak Piala UPKO Beluran 2019 bermula Okt 18 ini. 

Pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan. Kumpulan A terdiri daripada Edu Vet, Mix MDB Telupid dan Veteran Power, Kumpulan B – Veteran Rukut-rukut, Veteran SMKT Dan Vetel, Kumpulan C – UPKO Veteran, Rinsak United dan Gabungan Vet Labuk dan Kumpulan D – BMV Fc, Wonod Legend dan X-SMKT United. 

Menurut Tommy Amir, pengerusi penganjur yang juga Ketua Pemuda UPKO Beluran, Kejohanan itu akan di jalankan secara liga berkumpulan dan johan setiap kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir. 

Antara objektif kejohanan ini adalah untuk membudayakan gaya hidup sihat dikalangan pemain bola 40 tahun keatas di daerah ini, disamping itu ianya dapat mengeratkan silaturahim di kalangan pencinta sukan bolasepak di Daerah Telupid dan Beluran, tambah Tommy.

Beliau juga memohon maaf kepada pasukan yang tidak dapat disenaraikan kejohanan ini atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan kerana kejohanan ini dihadkan untuk 12 pasukan sahaja. Penganjuran ini kali pertama dibuat dan kita akan tambah bilangan pasukan pada tahun depan. 

Kejohanan ini akan diadakan di padang Majlis Daerah Pekan Telupid serta Padang SMK Telupid dan majlis perasmian kejohanan ini akan disempurnakan oleh Felix Joseph Saang, Ketua Bahagian UPKO Beluran, kata Tommy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *