PIALA LIGA PERDANA SINGGAH DI KUDAT

Tetamu VIP Ben Chong bersama Awang Lahaji dan sebahagian 3,000 penonton dan peminat sempena Perlawanan Persahabatan itu dan pamiran trofi Piala Liga Perdana pada Ahad lalu.

Oleh Aissac Bjsim

KUDAT: Lebih  3,000 peminat bolasepak membanjiri mini stadium Kudat pada Ahad lalu untuk menyaksikan lebih dekat lagi trofi piala kebanggaan Tambadau,   iaitu piala Liga Perdana yang dimenangi mereka pada musim ini.

ADUN Tanjung Kapur, YB Ben  Chong berkata,  penduduk di Kudat amat berbangga dan merasa gembira  sekali  apabila pihak SAFA  memasukkan Kudat sebagai salah satu venue jelajah ‘Piala  Liga Perdana‘ yang menjadi kebangaan rakyat dan penyokong Tambadau disamping menjadikan  para  pemain idola  sukan bolasepak  terus mendapat sokongan.

Klinik Bolasepak menarik ramai pelajar menyertainya yang dikendalikan oleh Jurulatih Tembadau Julius Ating

“Saya amat berbangga  kehadiran   jurulatih pasukan Tambadau Jelius Ating bersama  Borhan Ajui dan  Setiausaha  SAFA  Andrew  Majanggim kerana memilih Kudat sebagai destinasi untuk mempamerkan trofi Piala Liga  Perdana, disamping mangadakan klinik bolasepak kepada para remaja dan juga mangadakan perlawanan persahabatan diantara  pasukan Tambadau dan pasukan pilihan Kudat”. Katanya.

Piala Liga Perdana sempat disaksikan oleh peminat Tembadau di Kudat

Beliau yang juga adalah Pembantu Menteri  Perdagangan  dan Perindustrian Sabah    berkata, menerusi klinik  bolasepak yang diadakan itu kelak nanti akan menjadi suntikan  kepada para pelajar muda agar menjadikan sukan bolasepak  sebagai salah satu sukan pilihan mereka.

“Kita akan menyokong dan memastikan suatu hari nanti Kudat akan melahirkan ramai pemain bolasepak yang boleh mewakili Sabah dan malah dipilih mewakili Malaysia”  beliau  berkata sejurus selepas menyaksikan perlawanan persahabatan diantara Tambadau dan pasukan pilihan Kudat.

Sementara itu  Timbalan  Presiden SAFA Kudat  Awang Lahaji Rokiin berkata,  kehadiran lebih 3,000 peminat bolasepak disekitar Kudat  adalah diluar jangkaan dan sudah pasti ini memberi peluang kepada para peminat Tembadau di kawasan Kudat untuk dapat berkenalan lebih rapat dengan bintang bolasepak Sabah ini.

Sebahagian 3,000 penyokong dan peminat yahg menyaksikan perlawan persahabatan Tambadau Vs Kudat Selection

Katanya,  klinik yang dianjurkan oleh beberapa jurulatih yang diketuai oleh jurulatih bolasepak  Jelius Ating merupakan satu tarikan  kepada ramai para peminat bolasepak yang muda, dan kita mahu agar penyertaan daripada kalangan remaja secara berterusan akan dapat melahirkan pemain  berkaliber dari daerah ini suatu hari kelak.

Perlawanan persahabatan diantara pasukan Tambadau dengan pasukan pilihan Kudat  berakhir  dengan kemenangan kepada pasukan  Sabah  dengan jaringan 3-0.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *