KOTA KINABALU: Malaysia sekali lagi mencatatkan jumlah pesakit Covid-19 yang telah sembuh harian tertinggi apabila seramai 122 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang, hari ini.
Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hariannya di ibu negara, sebentar tadi.
Pertambahan itu juga menjadikan jumlah kes sembuh kini sebanyak 767 kes, atau 24.6 peratus daripada keseluruhan kes.
Semalam, negara ini juga mencatatkan jumlah yang tinggi pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan dibenarkan discaj iaitu seramai 108 orang./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ