KOTA KINABALU: Jumlah kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini mencecah angka 50 apabila lima lagi kematian berlaku hari ini.
Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya di Putrajaya hari ini turut memberitahu terdapat 208 kes baru setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini ialah 3,116 kes.
Beliau berkata, jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula seramai 105, lebih tiga berbanding semalam.
Daripada jumlah berkenaan juga, seramai 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, berbanding 64 semalam./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ