14 kluster Covid-19 termasuk 1 di Sabah

Kementerian Kesihatan mengesan 14 kluster baharu Covid-19, dengan lapan daripadanya membabitkan tempat kerja.

Masing-masing dua lagi kluster komuniti dan institusi pendidikan, serta satu lagi kumpulan berisiko tinggi dan keagamaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat kluster dikesan di Selangor, masing-masing dua di Perak dan Johor, sementara Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Kelantan, Pahang dan Kedah masing-masing mempunyai satu kluster.

  • Kluster Jalan Batu Arang (Gombak) dengan 15 kes
  • Kluster Industri Platinum (Kuala Selangor) dengan 10 kes
  • Kluster Persiaran Meru Raya (Kinta dan Manjung) dengan 14 kes
  • Kluster Persiaran Greentown Tujuh (Kinta, Larut, Matang dan Selama) dengan 11 kes
  • Kluster Jalan Temangan (Machang) dengan sembilan kes
  • Kluster Jalan Pertama Empat (Johor Bahru) dengan lapan kes
  • Kluster Industri Lengkuk Teknologi (Seremban dan Port Dickson) dengan 64 kes
  • Kluster Jalan Tunku (Kota Kinabalu, Papar, Putatan dan Penampang) dengan 10 kes
  • Kluster Kampung Chat (Pasir Mas) dengan 17 kes
  • Kluster Indera Mahkota Lima (Kuantan) dengan 18 kes
  • Kluster Jalan Sungai Merab (Hulu Langat dan Sepang) dengan 10 kes
  • Kluster Jalan Teknologi Kota Damansara (Petaling) dengan 58 kes
  • Kluster Jalan Korma (Batu Pahat) dengan 25 kes
  • Kluster Dah Lubuk Emas (Bandar Baharu) dengan 12 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,740 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 418 kluster aktif dan 96 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Katanya, tujuh kluster yang tamat hari ini ialah Bukit Sera, Danan, Jalan Kubota Sentral, Jalan Kenanga, Pagar Bukit Chagar, Tembok Taiping dan Jalan Taming, menjadikan 1,322 kluster berakhir setakat ini.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Jalan Besar Sungai Jawi (94 kes), Jalan Padang Tembak (75 kes) dan Industri Lengkuk Teknologi (59 kes),” katanya dalam kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *