Tidak puas hati sama housemate, saturang cedera kena kapak kepala di Penampang

Gambar hiasan

Seorang wanita nekad mencederakan rakan serumahnya selepas tidak berpuas hati kerana tuan rumah membenarkan mangsa tinggal bersamanya di sebuah taman perumahan di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian berlaku jam 11 pagi membabitkan suspek berumur 33 tahun dan mangsa berumur 24 tahun.

“Hasil siasatan mendapati suspek tinggal di rumah yang disewa daripada tuan rumah berumur 40 tahun.

“Semasa kejadian, berlaku pertangkaran mulut antara suspek dan mangsa sebelum suspek dipercayai menyerang mangsa menggunakan sebilah kapak sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya.

Menurutnya suspek kemudiannya menghubungi tuan rumah untuk memaklumkan mengenai kejadian dan laporan polis dibuat selepas itu.

“Bertindak atas maklumat itu, suspek berjaya ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam serbuan di lokasi berhampiran tempat kejadian.

“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek bertindak menyerang mangsa selepas tidak berpuas hati kerana tuan rumah membenarkan mangsa tinggal serumah dengannya,” katanya.

Tambahnya mangsa yang mengalami kecederaan di kepala sudah dihantar ke hospital dan sedang menerima rawatan di wad kecemasan, Hospital Queen Elizabeth 1 (HQEI).

Haris berkata suspek kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *