15 mati dan 2,881 kes baharu Covid-19 ini hari

Kementerian Kesihatan melaporkan 2,881 kes baharu Covid-19 dan 15 kematian, manakala 2,462 pesakit pulih.

Ini menyaksikan 380,442 daripada 411,594 pesakit Covid-19 sudah pulih, manakala 1,521 kematian dicatatkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 29,631 pesakit sedang dirawat di seluruh negara, dengan 176 daripada 337 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, 16 ialah kes import dan 2,865 kes penularan tempatan.

Katanya, Selangor mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 759 kes.

Ia diikuti Sarawak (445), Kelantan (442), Kuala Lumpur (315), Johor (310), Pulau Pinang (133), Kedah (111), Negeri Sembilan (89), Sabah (64), Perak (64), Melaka (54), Pahang (47), Terengganu (42), Labuan (tiga) dan Putrajaya (tiga).

Perlis ialah satu-satunya negeri yang tidak melaporkan kes baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *