Kementerian Kesihatan melaporkan 19,733 kes baharu Covid-19 dan 361 kematian, manakala 22,701 pesakit sembuh.
Ini menjadikan 1,632,631 daripada 1,900,467 pesakit Covid-19 sudah pulih setakat ini, menakala 19,163 orang meninggal dunia akibat virus itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 248,673 kes aktif, dengan 430 daripada 904 pesakit di Unit Rawatan Rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,100 kes.
Ia diikuti Selangor dengan 2,989 kes, Pulau Pinang (2,474), Sabah (2,067), Johor (1,867), Kedah (1,564), Kelantan (1,471), Perak (1,319), Terengganu (904), Pahang (700), Kuala Lumpur (537), Melaka (375), Negeri Sembilan (256), Perlis (74), Putrajaya (29) dan Labuan (7).
Jumlah kes harian yang dicatatkan di Pulau Pinang hari ini adalah rekod tertinggi berbanding 2,078 kes yang dilaporkan pada 26 Ogos lalu.
Daripada jumlah kes baharu hari ini, tiga adalah kes import dan baki 19,730 kes penularan tempatan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ