Oleh Wartawan BS
KOTA KINABALU: Persatuan Karate Sabah (SKA) akan menganjurkan Kejohanan Karate Senior Sabah Ke-43 dan juga Kejohanan Karate Peringkat Sekolah Menengah Ke-8.
Kejohanan yang akan diadakan serentak itu akan berlangsung di dewan serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas pada Februari 28-Mac 1.
Ketika mengumumkan perkara itu kelmarin, setiausaha agung SKA, Julian Chin (gambar), berkata jemputan telah pun diedarkan kepada semua anggota gabungan persatuan, kelab-kelab dan sekolah-sekolah di seluruh negeri.
“Kita mensasarkan lebih kurang 400 atlit akan bertanding di dua kejohanan itu.
“Antara objektif kejohanan adalah untuk menilai perkembangan semasa atlit-atlit Sukma (Sukan Malaysia) negeri.
“Di samping itu juga kejohanan karate itu merupakan platfom untuk memilih atlit-atlit untuk mewakili Sabah ke kejohanan senior kebangsaan,” katanya.
Juara keseluruhan untuk kejohanan senior Sabah pada tahun lepas adalah pasukan SKA Manggatal/SMK Bandaraya setelah merangkul empat emas dan dua perak.
Manakala juara bertahan bagi peringkat sekolah menengah adalah SKA Penampang di mana mereka memenangi enam emas, empat perak dan 12 gangsa pada 2018. Kejohanan tidak diadakan pada tahun lepas.
Sementara itu, Julian berkata Kejohanan Karate Senior Kebangsaan tahun ini bakal diadakan di Sabah.
“Kita masih menunggu pengesahan daripada MAKAF (Perseketuan Karate Malaysia).
“Saya rasa kita akan tahu jawapannya pada bulan hadapan, samaada Sabah akan menjadi tuan rumah kepada kejoahan kebangsaan itu,” kata Julian.

More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee