2,078 kes Covid-19 ini hari, sini Sabah ada 125 kes

Kementerian Kesihatan melaporkan 2,078 kes baharu Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan sehingga kini mencecah 377,132 kes.

Sarawak melaporkan bilangan kes harian tertinggi, dengan 589 mangsa.

Selangor pula melaporkan 457 kes, diikuti Kelantan (290), Kuala Lumpur (153), Sabah (125), Johor (115), Pulau Pinang (91), Negeri Sembilan (91), Kedah (48), Perak (43), Pahang (32), Melaka (27), Terengganu (8), Labuan (6), Putrajaya (2) dan Perlis (1).

Kes terbaharu melibatkan 2,065 penularan tempatan dan 13 kes import. Kes tempatan menjangkiti 1,885 rakyat Malaysia dan 180 warga asing.

Lapan kematian hari ini semuanya warga tempatan, berusia antara 35 dan 89. Semua kecuali seorang warga emas berusia 81 tahun mempunyai latar belakang penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *