21 bahan kimia ditemui dalam kolam takungan di Taman Eng Ann

[ad_1]

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Teng Chang Khim (kiri) yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor ketika sidang akhbar selepas melawat tempat sisa disyaki bahan kimia dibuang di dalam sebuah longkang sebelum mengalir ke Sungai Klang di Taman Eng Ann, hari ini.Turut hadir Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Datuk Ir Hashim Osman (tengah).

KLANG, 15 Mac (Bernama) — Sebanyak 21 jenis bahan kimia ditemui di dalam kolam takungan banjir di Taman Eng Ann di sini berdasarkan laporan awal kajian makmal yang dilakukan terhadap sampel air di kawasan pencemaran terbabit.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu Klang, Datuk Teng Chang Kim berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh pihak forensik sebelum dapat menentukan apakah sebatian kimia yang mencemarkan kolam itu.

“Hasil ujian yang dilakukan di makmal, kita kesan terdapat 21 bahan kimia di dalam sampel yang telah diambil dari kolam takungan banjir itu,” katanya dalam sidang media selepas melawat lokasi pencemaran berkenaan di Jalan Kasawari 2, Taman Eng Ann di sini hari ini.
…..



[ad_2]