Peperiksaan teori a ABRSM di daerah Pasir Gudang ditangguhkan

[ad_1]

JOHOR BAHRU, 15 Mac (Bernama) — Peperiksaan Teori A The Associated Board of the Royal Schools of Music (ABRSM) di Pasir Gudang yang dijadualkan berlangsung esok, telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan itu dibuat susulan penutupan 111 buah sekolah di kawasan itu disebabkan kesan pencemaran akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Khamis lepas.

“Sehubungan itu, pihak ABRSM akan menutup empat pusat peperiksaan Teori A ABRSM,” kata lembaga itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pusat peperiksaan yang terlibat adalah seperti yang berikut:

1.PG01 – SMK Taman Johor Jaya

2.PG02 – SMK Permas Jaya 2

3.PG03 – SMK Taman Mount Austin

4.PG04 – SMK Taman Pelangi Indah

— BERNAMA



[ad_2]