[ad_1]
JOHOR BAHRU, 8 Mac (Bernama) — Seramai 21 pelajar dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, sejak semalam, selepas terhidu gas dipercayai metana yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim, dekat Pasir Gudang.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata sembilan daripada pelajar itu adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih manakala 12 lagi adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, Pasir Gudang.
“Dua daripada 12 pelajar SMK Pasir Putih, kedua-duanya perempuan, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan, namun, kedua-duanya stabil,” katanya kepada pemberita selepas melawat kesemua mangsa berkenaan di HSI, hari ini, dengan diiringi Timbalan Pengarah Perubatan II HSI Dr Surya Masrom.
…..
[ad_2]
More Stories
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar
Kerajaan akan semak semula perjanjian RM3.46 bilion MLFF