Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU : Bukan mudah mahu menjadi anggota elit Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia. Dalam beratus individu yang memohon mungkin hanya segelintir kecil yang mampu melepasi ujian ditetapkan.
Pendedahan Latihan Tektikal Marin(TEKMA) khusus untuk menangani ancaman lanun, rompakan, penculikan dan rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara.
Sinonim dengan tentera laut yang mempunyai unit elit mereka iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL), Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mempunyai unit elit “Tiger Platoon” dan Pasukan Polis Marin pula mempunyai unit elit dikenali Unit Gempur Marin (UNGERIN).
Selain itu juga, setiap anggota Pasukan Polis Marin perlu menjalani latihan Tektikal Marin (TEKMA) bagi mempertajamkan lagi kemahiran -kemahiran tektikal yang mana digunapakai semasa bekerja di lapangan.
Satu inisiatif telah dilakukan oleh Komander Pasukan Polis Marin Sabah, ACP Hj. Mohamad Pajeri Bin Ali iaitu dengan mengadakan Latihan Tektikal Marin (TEKMA) khusus kepada 30 anggota Pasukan Polis Marin yang terpilih bagi tujuan pendedahan serta praktikal tentang kemahiran yang perlu ada ketika berada di lapangan.
Skop latihan seperti teknik serangan hendap, “boarding” , “searching,” penggunaan senjatapi, seni pertahanan diri dan sebagainya. Latihan selama dua minggu tersebut bermula pada Julai 21 dan berakhir pada Ogos 2 jam 10.00 pagi kelmarin di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu.
Latihan TEKMA ini dihadiri oleh 30 orang anggota Pasukan Polis Marin Sabah yang terdiri daripada 9 Pegawai Kanan dan 21 Pegawai Rendah Polis.
Latihan TEKMA selama 2 minggu dapat membantu membentuk anggota agar dapat memahami dan berkebolehan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ketika berhadapan dengan ancaman semasa menjalankan tugas.
Namun apa yang menanti mereka sebaik tamat latihan lebih menuntut pengorbanan dan tanggungjawab yang besar dalam memikul misi menjaga keselamatan perairan negara.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ