Salah sebuah bot nelayan yang diperiksa semasa operasi di perairian Silabukan pada Selasa
Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU: Lima buah bot nelayan jenis pukat jerut telah ditahan oleh sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Perikanan menggunakan sebuah botronda PPM dalam “Ops Bersepadu Inter Agensi” di perairan Silabukan, dekat sini semalam.
Komander PPM Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Ali berkata, pemeriksaan ke atas kelima-lima bot nelayan tersebut didapati juragan bot sedang leka menangkap ikan pada jarak kurang daripada 3 batu nautika dari persisiran pantai.
Kelima-lima kapal nelayan tersebut telah ditahan pada jam 11.00 pagi hari ini dan semua juragan lingkungan umur 28 tahun hingga 78 tahun.
“Kita tidak akan berkompromi terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan kerana aktiviti menangkap ikan oleh bot-bot nelayan jenis pukat jerut secara berdekatan dengan persisiran pantai adalah sangat berbahaya kepada nelayan-nelayan kecil dan juga terhadap Ekosistem ikan dan batu karang. “tambahnya lagi.
Tangkapan dibawa ke Jeti Markas Operasi PPM Lahad Datu sebelum diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat-syarat lesen, kata Mohammad Pajeri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK