Ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang dirampas dari buruh ladang warga Filipina pada Isnin
Oleh Faizal Rahman
KUNAK : Polis berjaya menahan enam lelaki berumur 20 hingga 55 tahun dan rampas syabu seberat 6.16 gram dengan anggaran nilai RM 924 dalam serbuan berasingan di dua lokasi di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Supt Baharin Md. Tahir berkata dalam operasi pertama dilakukan oleh pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Balai Polis Pangi pada jam lebih kurang 3.30 petang Isnin, seorang buruh ladang warga Filipina dicekup di tepi jalan di Jalan Kunak – Semporna.
Saspek cuba melawan apabila anggota polis hendak membuat pemeriksaan namun dapat ditangkap juga. Hasil pemeriksaan badan saspek menjumpai enam paket kecil berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dan lipatan kertas timah, kata Baharin.
Ujian saringan awal kencing mendapati saspek dan juga dua lagi lelaki warga Filipina yang turut ditangkap semasa operasi, positif syabu. Ketiga-tiga lelaki dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah dimana saspek disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, tambah Baharin.
Dalam satu lagi operasi antara jam 1.00 pagi hingga 3.00 pagi hari ini, seorang lelaki bersama dua anaknya ditangkap dalam sebuah rumah di Kampung Kunak Jaya semasa ‘Ops Sarang”, kata Baharin.
Menurut Baharin, ujian saringan awal kencing menunjukkan kesemua mereka positif dadah jenis syabu. Kesemua mereka ditahan untuk siasatan dibawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK