Oleh: Cyn J.
OUAGADOUGOU, 22 Feb – Kira-kira 60 pelombong terbunuh manakala 100 lagi cedera dalam kejadian letupan tapak perlombongan emas di Gbomblora, sebuah kampung kecil yang terletak di barat daya Burkina Faso, semalam.
Punca kejadian masih belum diketahui namun pihak berkuasa percaya ada kaitan dengan bahan kimia yang digunakan untuk membersihkan emas.
“Keadaan sangat teruk. Saya lihat mayat bergelimpangan di tapak tersebut,” kata seorang renjer taman rimba yang berada di lokasi kejadian.
Katanya, letupan pertama berlaku kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan, disusuli dengan beberapa letupan lain.
Burkina Faso adalah tempat kepada beberapa lombong emas utama yang dikendalikan oleh syarikat antarabangsa, tetapi juga kepada ratusan tapak tidak rasmi yang lebih kecil dan beroperasi tanpa pengawasan dan peraturan.

More Stories
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat di Kazakhstan
VIDEO DONALD TRUMPH DITEMBAK, PENEMBAK BERJAYA DIBUNUH
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’