BOT PUKAT TUNDA MELAKUKAN DUA KESALAHAN DITAHAN

Tekong bersama tiga awak-awak yang ditahan oleh Maritim Malaysia pagi semalam

SANDAKAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan selepas dikesan menjalankan aktiviti menunda ikan dikawasan kurang tiga batu nautika dari pesisir pantai awal pagi semalam.

 Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, bot itu ditahan ketika sedang leka menunda lebih kurang dua batu nautika timur laut Sungai Asam, Kinabatangan dekat sini pada jam 6 pagi.

 “Hasil pemeriksaan lanjut, bot tersebut juga melakukan kesalahan lain di bawah Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah 2002 iaitu nama tekong tidak sama seperti dalam lesen.

 “Seorang tekong lelaki warga tempatan berumur 25 tahun bersama tiga awak-awak warga Indonesia semuanya lelaki berumur diantara 21 hingga 33 tahun ditahan dan hasil ikan campur dianggarkan seberat 1 tan dirampas.” katanya.

 Tangkapan dan rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah  Akta Perikanan 1985 danEnakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah 2002.