DUA SASPEK BERSENJATAPI DITEMBAK MATI PASUKAN KESELAMATAN

Hazani (tengah) serta pegawai lain menunjukkan senapang yang dirampas dari saspek

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU : Dua lelaki ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam kejadian berbalas tembak di perairan Felda Sahabat dekat sini semalam.

Pasukan Khas ESSCOM bersama Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Cawangan Khas dan juga Pasukan Polis Marin sedang membuat rondaan keselamatan di perairan Lahad Datu apabila mengesan dua bot dalam keadaan mencurigakan pada jam 11.00 malam.

Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali berkata semasa sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu pagi ini.

1 unit kelopak, 2 butir peluru dan 1 butir kelongsong peluru

Semasa membuat pitasan dalam keadaan lampu biru polis dinyalakan dan siren dibunyikan saspek telah melepaskan  tembakan ke arah bot pasukan keselamatan. Bagi tujuan mempertahankan diri, krew bot telah melepaskan beberapa tembakan balas. Manakala salah satu bot saspek telah melarikan diri ke perairan Filipina, kata Hazani.

Setelah keadaan reda, pemeriksaan telah dijalankan dan mendapati  satu  mayat diatas bot dengan kesan tembakan yang dipercayai saspek. Sorang saspek lagi dijumpai terapung. Kesemua saspek mati di tempat kejadian. Mayat dan bot saspek telah dibawa balik ke Pengkalan Pasukan Polis Marin, Lahad Datu, kata Hazani.

Senapang Garand yang digunakan oleh saspek dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan

Dalam kejadian yang berlaku, tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas anggota pasukan keselamatan. Kedu- dua saspek tidak diketahui warganegara mana dan dalam lingkungan umur 30 ke 40an, tambah beliau.

Menurut Hazani, barang yang dirampas termasuk sebuah pump bot warna merah tiada nombor pendaftaran, sebuah enjin pump, satu laras senapang Garand, 1 unit kelopak, 2 butir peluru dan 1 butir kelongsong peluru.

“Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 3 Akta Senjata Api ( Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” kata Hazani.