LIMA NELAYAN VIETNAM DITUDUH DI MAHKAMAH SANDAKAN

SANDAKAN : Lima nelayan Vietnam berumur 17 hingga 39 tahun yang telah ditangkap kerana menceroboh perairan Malaysia di kawasan perairan Pulau Lankayan Beluran dituduh di Mahkamah di sini pada hari ini.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendent Polis Kasim Muda berkata, kejadian berlaku baru-baru ini di kawasan perairan laut Lankayan yang membabitkan sebuah kapal tunda asing dari Vietnam yang dipercayai menangkap hasil laut (balat) dan telah di tangkap oleh pasukan polis Marin Sandakan yang mendapat maklumat dari nelayan tempatan mengenai kemasukan kapal tersebut di perairan Sabah.

Kesemua lima orang saspek termasuk seorang tekong telah didakwa di Makhamah Sandakan atas tiga pertuduhan mengikut Sekyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 dan boleh dihukum mengikut seksyen 25(a) Akta Perikanan dan Sekyen 53 Akta Perikanan 1985 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan juga seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di atas vesel penangkapan ikan pada jarak 100 batu nautika dari perairan Filipina berhampiran Pulau Lankayan kira-kira jam 09.30 pagi pada 20.08.2019 lalu.

Mengikut Fakta kes, mereka ditahan oleh Polis Marin Sandakan yang melakukan Operasi Perkasa selepas didapati menangkap hasil laut di perairan negara ini. Turut dirampas ialah sebuah kapal tunda  dan 02 biji tong dipenuhi dengan balat beranggaran 500 kg dan juga  peralatan untuk menangkap hasil laut.