POLIS MARIN TAHAN 15 WARGA FILIPINA CUBA MASUK TIDAK SAH KE MALAYSIA

Oleh Faizal Rahman

SEMPORNA:  Pasukan Polis Marin (PPM) telah mengagalkan cubaan 15 orang warga Filipina untuk masuk ke negara ini secara tidak sah di kawasan laut Terusan Silapak dekat sini tengah malam tadi.

Komander PPM  Sabah, ACP Hj. Mohamad Pajeri  Ali berkata, botronda PPM telah mengesan kemasukan daripada negara jiran dan berjaya memintas sebuah pam boat menggunakan tiga enjin yang mecurigakan memasuki kawasan tersebut pada jam 12.30 tengah malam.

Semasa pemeriksaan di jalankan kesemua saspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan mengaku secara lisan datang daripada Simunul, Tawi-Tawi, kata Mohamad Pajeri.

Menurut Mohamad Pajeri , semua penumpang  secara lisan juga mengaku telah dikenakan bayaran sejumlah wang setiap seorang kepada juragan.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat wang Peso Filipina kepunyaan juragan dan penumpang serta barang peribadi di dalam ruangan perahu tersebut yang dipercayai kepunyaan penumpang, tambah beliau.

Antara barang yang dirampas oleh PPM ialah sebuah perahu, enjin, “propeller shaft”, jerikin dan sejumlah wang Ringgita Malaysia serta wang filipina dengan nilai rampasan RM 11,490 , katanya lagi.

Kesemua saspek di siasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan MigranAkta (ATIPSOM) 2007 untuk siasatan lanjut, kata Mohamad Pajeri.