Oleh Kahar Ali
BELURAN: Seorang pekerja sebuah ladang kelapa sawit di Telupid, dekat sini mati ditikam dalam pertikaian dengan rakan sekerja gara-gara hutang kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Supt. Kasim Muda, penolong pengurus ladang berumur 28 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Telupid pada 9.16 pagi berhubung insiden tersebut.
Siasatan menunjukkan bahawa pada 18 September jam lebih kurang 5.50 pagi semasa pekerja dan mandor ladang panggil nama, mangsa yang berumur 37 tahun, tiba-tiba datang di hadapan pejabat ladang membawa sebatang besi loading buah kelapa sawit, kata Kasim.
Mangsa kemudian memukul saspek yang berada di situ pada masa itu beberapa kali.Saspek yang kudung disebelah tangan kanannya cuba mengelak dari pukulan itu, namun pukulan tersebut mengenai badan sebelah kanan saspek.
Selepas itu, pekerja yang berada di hadapan pejabat tersebut kemudiannya masing – masing meleraikan pergaduhan diantara mangsa dan saspek, kata Kasim.
Mangsa dibawa beredar dari tempat itu dan pergi ke kawasan timbangan dan penolong pengurus ladang kemudiannya pergi kearah mangsa yang terbaring dan kelihatan darah keluar dari perut mangsa dengan ada kesan tikaman di perut, tambah beliau.
Penolong pengurus mengarahkan mandornya untuk menahan saspek agar tidak melarikan diri. sementara beliau bersama pekerjanya menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Telupid, katanya lagi.
“Seterusnya mangsa di bawa ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut dan di sahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas,” kata Kasim.
Bertindak atas maklumat pada hari yang sama sejurus menerima laporan daripada penolong pengurus ladang, anggota polis telah pergi ketempat kejadian dan menangkap saspek di tempat tersebut yang diserahkan oleh mandor ladang, kata Kasim.
Turut dirampas sebilah pisau sayur dan sebatang besi loading buah kelapa sawit. Saspek yang berumur 30 tahun serta barang yang di rampas kemudiannya di bawa ke Balai Polis Beluran untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kata Kasim.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK