Polis sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian hari Isnin.
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN : Dua lelaki warganegara asing ditahan bersabit kes bunuh seorang lelaki berumur 38 tahun di sebuah kebun sawit di Batu 10 dekat sini tengahari Isnin.
Mangsa ditemui mati dengan kesan tetakan di seluruh badan di rumah tersebut, kata Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin.
Mangsa yang tinggal berseorangan di rumahnya, ditemui mati oleh majikannya pada pagi hari yang sama dan terus menghubungi pihak polis, kata Mohd Azhar.
Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan menggunakan senjata tajam, tambah beliau.
Sepasukan polis telah menahan kedua-dua saspek di sebuah rumah berhampiran dengan rumah mangsa serta merampas sebilah senjata tajam yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, katanya lagi.
“Motif kejadian masih dalam siasatan,” kata Mohd Azhar.
Kedua-dua saspek berumur 27 dan 50 tahun kini ditahan reman untuk siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, kata Mohd Azhar.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK