12 jerikin berisi minyak petrol disyaki hendak diseludup
Oleh Faizal Rahman
SEMPORNA : Pasukan Polis Marin Semporna telah melakukan satu serbuan Ke atas sebuah rumah kosong tidak bernombor dan tidak berpenghuni di Kawasan Kampung Pulau Kulapuan pada tengah malam Ahad.
Pasukan Polis Marin telah menjumpai 12 jerikin berisi minyak petrol di ruangan stor rumah tersebut yang disyaki hendak diseludup ke negara jiran Filipina, semasa menjalankan pemeriksaan.

Komander Pasukan Polis Marin Sabah ACP Hj. Mohamad Pajeri Ali berkata , hasil dari maklumat Unit Risikan Marin mendapati rumah tidak berpenghuni ini digunakan sebagai stor barang kawalan.
“Pihak kami masih lagi mengesan saspek yang menjadi dalang utama kepada aktiviti ini,” kata beliau.
Kes disiasat dibawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, jika sabit kesalahan boleh di denda RM 1 juta untuk pesalah perseorangan dan penjara tiga tahun, tambah Mohamad Pajeri.
Rampasan dibawa Ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya, kata Mohamad Pajeri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK