TAHANAN WARGA VIETNAM MELOLOSKAN DIRI DARI TAHANAN PIHAK BERKUASA

Ketiga-tiga lelaki warga Vietnam yang telah melarikan diri dari tahanan pihak berkuasa pada 24 Sep 2019

Oleh Kahar Ali

SANDAKAN – Tiga orang tahanan  warganegara Vietnam yang di tahan bersama empat lagi warganegara mereka di perairan Beluran pada 23 Sep 2019 atas kesalahan menceroboh dan menangkap ikan di perairan  Malaysia telah meloloskan diri dari tahanan pihak berkuasa.

Tahanan warga Vietnam tersebut iaitu Vo Minh Naiiy, 43, Nguygu Vain Phong, 47 , dan Vo Minh Taanh, 32, telah di tahan reman selama empat hari bersama empat lagi rakan warganegara mereka untuk kesalahan yang disiasat oleh Jabatan Perikanan, kata Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin.

Pada 24 Sep 2019 mereka telah dibawa keluar oleh kakitangan Jabatan Perikanan untuk mengepam air dari kapal mereka yang ditahan di Pangkalan Polis Marin Sandakan daripada karam, kata Mohd Azhar.

Namun begitu, ketiga-tiga tahanan tersebut telah berjaya meloloskan diri tanpa disedari setelah selesai mengepam air di kapal nelayan yang mereka naiki itu, katanya lagi.

Mohd Azhar berkata kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan.

Mohd Azhar menyatakan bahawa pihak Polis telah melancarkan operasi untuk mengesan ketiga-tiga saspek ini.

Beliau juga meminta masyarakat awam yang mempunyai sebarang maklumat tentang ketiga-tiga lelaki ini untuk menghubungi pihak Polis dengan kadar segera.