Liew Ucap Tahniah Kepada PDRM, Jabatan Hidupan Liar atas Penahanan Saspek Pembunuh Gajah

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew (gambar) mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas dan pasukannya serta Pejabat Hidupan Liar Tawau atas tindakan pantas mereka yang membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang disyaki bertanggungjawab atas pembunuhan kejam  seekor gajah di Sg Udin, Dumpas, Kalabakan minggu lepas.

Beliau, yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar turut mengucapkan terima kasih kepada pemberi maklumat yang memberikan maklumat yang sangat tepat sehinggaga berjaya menangkap orang yang disyaki bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu.

“Saya berharap Polis dan Jabatan Hidupan Liar Sabah dapat menyiapkan siasatan mereka secepat mungkin supaya mereka yang bertanggungjawab terhadap perbuatan kejam ini boleh didakwa di mahkamah secepat mungkin dan dikenakan hukuman kerana jenayah yang mereka lakukan terhadap haiwan kita yang dilindungi sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berharap  mereka menghormati ikrar mereka untuk membayar kepada  pemberi maklumat.