BOT, NELAYAN WARGA VIETNAM DITAHAN

Oleh Kahar Ali

SANDAKAN : Dua bot nelayan asing bersama 12 nelayan warga Vietnam yang menceroboh perairan negara berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas disyaki merompak hasil laut disini pada Ahad lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata,bot pertama ditahan pada kedudukan 12.6 batu nautika Timur Laut Pulau Billean lebih kurang jam 9.40 pagi manakala bot kedua 25 batu nautika Timur Laut Pulau Jambongan 45 minit kemudian.

“Hasil pemeriksaan pada kedua-dua bot,kesemua 12 awak-awak termasuk tekongwarga Vietnam berumur 23 hingga 48 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diridan dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Sebanyak lebih kurang 100 kilogram gamat turut ditemui dipercayai disauk dari perairan negara kita, kata beliau lagi.

Tambahnya lagi,ini adalah kes kedua dan ketiga bot nelayan asing Vietnam ditahandalam bulan yang sama sepanjang tahun ini oleh Zon Maritim Sandakan dengan menyasarkan balat (gamat).

Bot, peralatan dan hasil gamat dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut. Kes akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985, kata Mohd Khairulanuar.