Dua lelaki Palauh yang ditahan; (kanan) Pam bot yang turut ditahan
Oleh Faizal Rahman
SEMPORNA : Dua lelaki Palauh yang menaiki sebuah pam bot ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) kerana disyaki menjalankan aktiviti mengebom ikan di perairan di daerah ini semalam.
Berpandukan maklumat awam, pada jam lebih kurang 8 malam PPM telah berjaya menahan sebuah pam bot dalam ‘Op Pensura’ yang dijuragani oleh satu lelaki berbangsa Palauh berumur 40 tahun ,berasal dari Kg Halo, Semporna bersama satu anak perahu lelaki berumur dalam lingkungan 40-an juga berbangsa Palauh, kata Komander PPM Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali.
Pemantauan yang dilakukan oleh Unit Risikan Marin(URM) selama beberapa hari telah berjaya mengesan pam bot tersebut yang disyaki menjalankan aktiviti mengebom ikan.
Setelah ditahan dan diperiksa di dalam ruangan perahu telah menemukan ikan pelbagai jenis lebih kurang 40 kilogram yang disyaki mati akibat daripada bahan letupan iaitu bom ikan, kata Mohamad Pajeri.
Tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM5,210. Kes disiasat dibawah Seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan 1985.
Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 dan penjara maksimum dua tahun, tambah beliau.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK