Sukan Perlu Diterapkan Bermula Tahun Awal Persekolahan, kata James

JUARA…. Pasukan rumah Merah mengabdi kenangan bersama a semua peserta, James dan Soon serta guru2

Oleh Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Umpama  pepatah ada menyebut  melentur buloh biarlah daripada rebungnya, sukan  perlu diterapkan daripada masa  ditahun awal persekolahan bagi melahirkan  jaguh sukan; sukan  turut memainkan  peranan dalam pembentukan, perkembangan fizikal dan mental para pelajar serta emosi, kalah atau menang  merupakan adat permainan biasa

Pengerusi Lembaga Sekolah SJK (C)  Khoi Ming James Vun  Ket Fah berkata,  kejayaan  sesuatu sekolah   bukan terletak pada kecermelangan akedemik  sahaja tetapi melalui sukan yang boleh, jika dilatih dengan gigih pada peringkat awal, boleh membawa kejayaan dalam semua aspek.

Rumah Merah menjuarai perbarisan, bersama Guru Besar Soo, James ketika menerima trofi dan hadiah kemenangan

Katanya,    melalui sukan teras yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan  dan Majlis Sukan Negara  melalui Majlis Sukan Sekolah sejak  beberapa dekad yang lalu telah memberikan banyak  impak  dalam melahirkan  atlet Negara pada masa akan datang yang bermula  diperingkat  rendah   sebelum  berkecimpung dalam dunia  sukan  secara serius.

Beliau  berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sukan Sekolah SJK(C) Khoi Ming 2019 pada Khamis lalu.

“Walaupun sekolah tidak memiliki  kemudahan-kemudahan   teras sukan namun guru-guru sekolah terus memberikan  sokongan dan  bimbingan yang termampu bagi melahirkan para pelajar yang mempunyai  kebolehan dan minat dalam bidang sukan,” katanya.

Juara Lompat Jauh acara lelaki tahun 6

Mengulas mengenai majlis itu, James berkata, majlis itu juga akan dapat meningkatkan hubungan silaturahim dikalangan para ibubapa dan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latarbelakang sosial.

Jelasnya,  acuan pendidikan yang beteraskan sukan dan pelbagai program anjuran Sekolah SJKC Khoi Ming mampu membawa keharmonian  dan perpaduan kaum dan masyarakat.

Dalam pada itu katanya,   pihak Lembaga Sekolah dengan kerjasama PIBG serta pihak pengurusan sekolah akan terus memberikan perhatian dan sokongan kewangan kepada  mana-mana pelajar berpotensi  dalam  apa juga jenis sukan dan dipilih mewakili sekolah hingga keperingkat negeri dan kebangsaan.

Sebelum itu Guru Besar SJKC Khoi Ming  Sooi Hai Soon berkata, sukan dua hari itu melibatkan semua pelajar,  termasuk acara merentas desa dimana setiap 10 orang pemenang diberikan sijil dan pingat tanda  sokongan dan penyertaan selain sukaneka bagi pelajar tahun satu dan juga bagi ibubapa dan guru-guru serta acara tarik tali dikalangan pelajar.

Katanya , walaupun  sekolah kekurangan   kawasan padang namun dewan  tertutup dan terbuka serba indah dan baru dijadikan  venue bagi beberapa di antara acara yang dijalankan.

Kehadiran ibubapa yang turut hadir memeriahkan lagi acara sukan itu turut diberikan pujian.

Dalam pada itu pasukan rumah Merah meraih johan  keseluruhan dengan memungut 657  mata memintas   pasukan johan bertahan   pasukan  rumah  Kuning   yang hanya menduduki tempat kedua dengan memungut  654 manakala ketiga dimenangi oleh rumah Biru.

Pasukan ibubapa yang turut mengambil bahagian dalam acara sukan

Sebelum itu James Vun Soo, pengerusi  alumni sekolah, timbalan pengerusi  PIBG Malai  Sharuddin telah menerima tabik hormatperbarisan oleh 8 buah kontejen terdiri daripada  pasukan Penagakap,  pasukan Tai Kwan Do,  pasukan  Tunas Pandu Puteri,  pasukan St John, dan tarik tali  yang terdiri daripada pelajar tahun enam.