JUARA…. Pasukan rumah Merah mengabdi kenangan bersama a semua peserta, James dan Soon serta guru2
Oleh Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Umpama pepatah ada menyebut melentur buloh biarlah daripada rebungnya, sukan perlu diterapkan daripada masa ditahun awal persekolahan bagi melahirkan jaguh sukan; sukan turut memainkan peranan dalam pembentukan, perkembangan fizikal dan mental para pelajar serta emosi, kalah atau menang merupakan adat permainan biasa
Pengerusi Lembaga Sekolah SJK (C) Khoi Ming James Vun Ket Fah berkata, kejayaan sesuatu sekolah bukan terletak pada kecermelangan akedemik sahaja tetapi melalui sukan yang boleh, jika dilatih dengan gigih pada peringkat awal, boleh membawa kejayaan dalam semua aspek.

Katanya, melalui sukan teras yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara melalui Majlis Sukan Sekolah sejak beberapa dekad yang lalu telah memberikan banyak impak dalam melahirkan atlet Negara pada masa akan datang yang bermula diperingkat rendah sebelum berkecimpung dalam dunia sukan secara serius.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sukan Sekolah SJK(C) Khoi Ming 2019 pada Khamis lalu.
“Walaupun sekolah tidak memiliki kemudahan-kemudahan teras sukan namun guru-guru sekolah terus memberikan sokongan dan bimbingan yang termampu bagi melahirkan para pelajar yang mempunyai kebolehan dan minat dalam bidang sukan,” katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, James berkata, majlis itu juga akan dapat meningkatkan hubungan silaturahim dikalangan para ibubapa dan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latarbelakang sosial.
Jelasnya, acuan pendidikan yang beteraskan sukan dan pelbagai program anjuran Sekolah SJKC Khoi Ming mampu membawa keharmonian dan perpaduan kaum dan masyarakat.
Dalam pada itu katanya, pihak Lembaga Sekolah dengan kerjasama PIBG serta pihak pengurusan sekolah akan terus memberikan perhatian dan sokongan kewangan kepada mana-mana pelajar berpotensi dalam apa juga jenis sukan dan dipilih mewakili sekolah hingga keperingkat negeri dan kebangsaan.
Sebelum itu Guru Besar SJKC Khoi Ming Sooi Hai Soon berkata, sukan dua hari itu melibatkan semua pelajar, termasuk acara merentas desa dimana setiap 10 orang pemenang diberikan sijil dan pingat tanda sokongan dan penyertaan selain sukaneka bagi pelajar tahun satu dan juga bagi ibubapa dan guru-guru serta acara tarik tali dikalangan pelajar.

Katanya , walaupun sekolah kekurangan kawasan padang namun dewan tertutup dan terbuka serba indah dan baru dijadikan venue bagi beberapa di antara acara yang dijalankan.
Kehadiran ibubapa yang turut hadir memeriahkan lagi acara sukan itu turut diberikan pujian.
Dalam pada itu pasukan rumah Merah meraih johan keseluruhan dengan memungut 657 mata memintas pasukan johan bertahan pasukan rumah Kuning yang hanya menduduki tempat kedua dengan memungut 654 manakala ketiga dimenangi oleh rumah Biru.

Sebelum itu James Vun Soo, pengerusi alumni sekolah, timbalan pengerusi PIBG Malai Sharuddin telah menerima tabik hormatperbarisan oleh 8 buah kontejen terdiri daripada pasukan Penagakap, pasukan Tai Kwan Do, pasukan Tunas Pandu Puteri, pasukan St John, dan tarik tali yang terdiri daripada pelajar tahun enam.

More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee