LELAKI WARGA ASING MEMILIKI SYABU SEBERAT 7.05 GRAM DICEKUP

Hablur cerah disyaki syabu yang dirampas oleh Polis Lahad Datu awal pagi kelmarin

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU : Seorang lelaki warga asing yang memiliki syabu seberat 7.05 gram dicekup oleh polis dalam serbuan di Kampung Tanjung Batu awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah ACP Peter Umbuas berkata , saspek berumur 30an tahun tersebut juga didapati tidal memiliki dokumen pengenalan diri  semasa ditangkap pihak pada lebih kurang jam 2.00 pagi.

Saspek cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota polis tetapi berjaya juga ditangkap Saspek kemudian menyerahkan bungkusan penutup mulut kepada polis yang mengandungi tiga paket berisi ketulan hablur cerah disyaki syabu.

Ujian saringan air kencing turut mendapati saspek positif syabu, tambah beliau.

Saspek dengan syabu bernilai RM 1,057.50 dibawa ke Balai Polis Lahad Datu untuk siasatan dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, kata Nasri