Saspek (kanan) yang ditahan bersama jerikin yang berisi minyak petrol oleh Pasukan Polis Marin Sandakan
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan minyak petrol yang dilaporkan aktif berlaku di kawasan Batu 3, di sini hari ini.
Komander PPM Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Ali berkata, dalam tiga operasi berasingan pihaknya turut merampas 600 liter minyak petrol dalam jerikin dan sebuah kereta pacuan empat roda dianggarkan bernilai hampir RM 61,248 keseluruhannya.
“Kes yang berlaku pada pukul 11.15 pagi , sepasukan Unit Risikan Marin PPM Sandakan telah memeriksa sebuah kereta yang di parkir di tepi parit besar tersebut dan menemui 20 jerikin berisi minyak petrol dipercayai cuba di seludup ke Filipina,” kata Mohamad Pajeri.
Menurut Mohamad Pajeri, hasil pemeriksaan dan siasatan lanjut mendapati pemandu kenderaan tidak mempunyai surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk membawa minyak petrol itu,” katanya lagi.
Saspek yang merupakan seorang lelaki tempatan, berumur 27 tahun, turut ditahan selepas mengaku memiliki minyak petrol tersebut.
Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan, jika sabit kesalahan boleh didenda RM 1 juta bagi pesalah perseorangan dan penjara tiga tahun, kata Mohamad Pajeri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK