Anggota PPM Semporna menunjukkan minyak petrol dan enjin sangkut yang dirampas dalam serbuan pertama di Kampung Kuala Bibang pada Nov 6
Oleh Faizal Rahman
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini bersama ESSCOM telah berjaya merampas minyak petrol bersubsidi sebanyak 4,200 liter yang bernilai RM 8,736 di Kampung Kuala Bibang pada Nov 6.
Menurut Komander PPM Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali, sepasukan anggota Unit Risikan PPM bersama Bahagian Risikan ESSCOM dengan dibantu oleh dua buah bot ronda PPM Semporna telah melakukan pemeriksaan dibawah Ops Pensura Khas selepas menerima maklumat berhubung penyeludupan barang kawalan minyak petrol ke negara jiran.
Dalam serbuan pertama pada jam 6.40 malam, pasukan operasi telah merampas 32 jerikin x 25 liter minyak petrol, sebuah bot, satu enjin sangkut 15 kuasa kuda, satu enjin sangkut 40 kuasa kuda, kata Mohamad Pajeri.
“Pertanyaan lanjut kepada penghuni rumah berdekatan bot tiada yang mengaku pemilik bot tersebut,” kata Mohamad Pajeri.
Sementara itu. Mohamad Pajeri berkata pada jam lebih kurang 9.00 malam, pasukan operasi merampas enam buah bot bersama lapan enjin sangkut di kampung yang sama.
Kesemua bot berkenaan disyaki digunakan dalam aktiviti penyeludupan barang kawalan minyak petrol ke negara jiran, tambah beliau.
Mohamad Pajeri berkata pada jam 11.00 malam seorang lelaki tempatan berumur 47 tahun ditahan dan 3,400 liter minyak petrol dirampas dalam pemeriksaan terhadap sebuah kedai runcit yang disyaki digunakan sebagai tempat penyimpanan minyak petrol bersubsidi.
Sebanyak 136 jerikin x 25 liter berisi minyak petrol yang di simpan dalam ruangan kedai tanpa kelulusan dan permit yang sah dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kata Mohamad Pajeri.
Saspek telah mengaku pemilik kesemua minyak petrol dan kedai tersebut . Saspek ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah dan disyaki terlibat dalam menjalankan kegiatan aktiviti penyeludupan minyak petrol ke negara jiran Filipina, katanya lagi.
Mohamad Pajeri memberitahu bahawa nilai keseluruhan rampasan ketiga-tiga serbuan berjumlah RM 184,736 dan kes-kes berkenaan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK