Seekor Rusa yang telah ditembak dalam kenderaan pemburu
TAWAU: Empat lelaki yang dipercayai memburu dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Rara, lebih kurang 60km dari Bandar Tawau telah berjaya diberkas oleh Pasukan Khas Jabatan Perhutanan (Protect) pada Rabu lalu.
Semasa diperiksa ke-empat-empat saspek tersebut sedang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda dan menemui seekor rusa yang telah mati dipercayai ditembak berada di belakang bucket kenderaan tersebut. Pemeriksaan lanjut turut menjumpai selaras senapang buatan sendiri (Bakakuk) dan beberapa butir peluru.

Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Hj Jaini berkata, keempat-empat lelaki tersebut telah ditahan dan dibawa ke balai polis Tawau untuk siasatan lanjut.
Kes akan disiasat dibawah Enakmen Perlindungan Hidupan Liar 1997, bagi kesalahan memburu binatang tanpa permit yang sah dan Akta Senjata Api bagi kesalahan berkaitan dengan senjata api buatan sendiri yang akan disiasat oleh Pihak Polis.
Katanya lagi, operasi yang dijalankan oleh Jabaatan Perhutanan ini adalah usaha yang berterusan bagi membenteras kegiatan-kegiatan yang salah dalam kawasan hutan simpan.
Memburu adalah dilarang dalam kawasan hutan simpan, malah Jabatan Hidupan Liar sendiri pun tidak akan memberikan sebarang permit memburu dalam kawasan hutan simpan.

Binatang liar adalah sebahagian daripada khazanah negara dan perlu dilindungi terutamanya yang berada dalam kawasan Hutan Simpan.
Jestru itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan kegiatan memburu secara haram terutamanya dalam kawasan hutan simpan kerana pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas keatas mereka.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK