Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Meskipun pihak berwajib telah menjalankan pelbagai kempen dan nasihat agar orang ramai tidak terpedaya dengan modus operandi – panggilan palsu Macau Scam, namun masih ada yang menjadi mangsa.
Dalam kejadian terbaharu, seorang penjawat awam wanita berumur 26 tahun membuat laporan polis kerugian RM12,000 setelah menjadi mangsa penipuan panggilan palsu.
Kejadian berlaku tengahari kelmarin, apabila mangsa menerima panggilan dari saspek yang menyatakan dari PDRM Bukit Aman.
Mangsa dikatakan terlibat dengan kes dadah serta pengubahan wang haram dan dikehendaki memasukkan sejumlah wang ke dalam dua akaun berasingan, untuk menyelesaikan kes.
Mangsa kemudiannya mengikut arahan saspek. Menyedari dirinya ditipu mangsa kemudian tampil ke Balai Polis Sandakan untuk membuat laporan.
Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin mengesahkan kejadian ketika dihubungi.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” kata Mohd Azhar.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK