LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki suku Palauh kerana disyaki menjual peralatan mengebom ikan dalam serbuan Ops Gelora di dua rumah Kampung Sri Langgas, Kunak, semalam.
Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30 tahun itu ditahan sepasukan Unit Risikan Marin (URM) PPM Lahad Datu selepas menerima maklumat orang awam mengatakan berkaitan aktiviti pengeboman ikan di perairan laut Kunak, kira-kira jam 6 pagi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, hasil pemeriksaan ke atas dua rumah itu menemui baja ammonia dengan berat hampir 22 kilogram.

“Anggota PPM Lahad Datu turut merampas 45 bahan peledak (detonator) dan dua sumbu dipercayai digunakan untuk aktiviti pengeboman ikan.
“Siasatan mendapati kedua-dua suspek dari suku Palauh ini disyaki menjual peralatan berkenaan kepada individu tertentu,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluar hari ini.

Menurutnya, keseluruhan jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM1,070.
“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1956,” katanya.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK