SANDAKAN: Enam lelaki warga Filipina yang dipercayai baru ‘mendarat’ ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan jeti belakang sebuah masjid di Batu 2, di sini, awal pagi tadi.
Semua suspek berusia antara 23 hingga 57 tahun ditahan sepasukan polis daripada Tiger Platoon Batalion 20 PGA Beluran kira-kira jam 1.45 pagi.

Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata bertindak atas maklumat Op Taring, sepasukan polis diketuai Inspektor Gafar Abidin melakukan rondaan sebelum ternampak sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Ketika cuba dihampiri, katanya, semua suspek cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan.

“Mereka juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri. Mereka dipercayai warga asing dan masuk ke negeri ini secara haram,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Nasaruddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK