LAHAD DATU: Seorang lelaki warga emas maut selepas dirempuh kereta ketika melintas di Jalan Pantai, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 9.25 pagi itu, mangsa Latif Yelanto, 67, yang parah di kepala disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Lahad Datu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa melintas jalan raya secara tiba-tiba dari pembahagi jalan.
“Ketika itu, kereta jenis Perodua Kancil dipandu lelaki berusia 36 tahun dari arah bandar menuju ke I-Peak.
“Pemandu tidak sempat mengelak mangsa yang melintas secara tiba-tiba kerana terlindung oleh pokok bunga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nasri berkata, mangsa dihantar sendiri oleh pemandu ke hospital untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia.
“Pemandu itu kemudian terus datang ke balai polis untuk membuat laporan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK