LELAKI HILANG SELEPAS KELUAR TANGKAP IKAN

RANAU: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di Sungai Kagibangan, Kampung Bitoon, di sini, kelmarin.

Mangsa Junaidi Jaukan, 32, dikatakan keluar rumah bersendirian kira-kira jam 3 petang.

PENDUDUK KAMPUNG TURUT MEMBANTU BOMBA DALAM OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, sebaik menerima panggilan jam 10.15 pagi tadi, seramai empat anggota bomba bersama sebuah jentera serta kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa segera dilakukan di lokasi terakhir mangsa dilaporkan menangkap ikan hingga jarak dua kilometer di sungai berkenaan.

“Seramai 20 penduduk kampung turut membantu operasi SAR,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

LOKASI MANGSA DILAPORKAN HILANG

Menurutnya, sehingga jam 6 petang tadi, mangsa belum ditemui.

“Operasi SAR ditangguhkan kerana keadaan gelap dan akan disambung pagi esok.

“Sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Ranau turut membantu dalam operasi SAR,” katanya.