PENAMPANG: Tindakan seorang pemandu teksi membunyikan hon kereta berjaya menyelamatkannya daripada mangsa samun tiga lelaki yang juga penumpangnya dalam kejadian berhampiran Bulatan pekan Donggongon, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 mangsa berusia 76 tahun hanya cedera ringan dipergelangan tangan dan lengannya.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa menumpangkan tiga lelaki dari Kampung Air, Kota Kinabalu ke pekan Donggongon.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian berhampiran Pasar Am pekan Donggongon, mangsa cuba meminta wang tambang salah kepada penumpang terbabit.
“Secara tiba-tiba seorang suspek duduk dibahagian belakang bertindak mencekik mangsa serta meminta supaya menyerahkan dompet milik mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, susulan itu mangsa menjerit meminta tolong dan membunyikan hon kereta menyebabkan orang ramai mula sedar.
“Menyedari keadaan itu, ketiga-tiga suspek melarikan diri ke arah pekan Donggongon. Usaha sedang dijalankan termasuk mengenal pasti identiti suspek terbabit.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK