PAPAR: Selepas 55 jam diburu, suspek samun seorang pemandu Grab wanita, akhirnya ditahan polis di sekitar Kota Kinabalu, semalam.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, pihaknya melakukan tangkapan suspek berusia lingkungan 20 tahun kira-kira jam 6 petang.
Penangkapan lelaki itu juga dilakukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
“Suspek yang bekerja sebagai konduktor bas itu disyaki terbabit dalam samun yang berlaku di Kampung Gana, Kinarut, pada 7 Januari lalu.
“Suspek kini direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dan masih dalam siasatan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Batholomew berkata, mangsa stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, beliau menasihatkan kepada pemandu Grab supaya lebih berhati-hati dan berwaspada ketika mengambil penumpang bagi mengelak kejadian serupa berulang.
Terdahulu, kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, Selasa lalu pemandu Grab seorang wanita berusia 59 tahun di cedera di kepala dan muka apabila disamun lelaki yang juga penumpangnya.
Mangsa ditinggalkan di tepi jalan Kampung Gana dalam keadaan mukannya berdarah.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK