BEAUFORT: Seorang lelaki menemui ajal ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Limbawang Bypass, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mangsa Abdul Rasyid Rasyid Oka, 57, parah dibahagian kepala meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Beaufort.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmit Abd Razak berkata, mangsa dipercayai baru pulang dari tempat kerja menuju ke rumahnya
Katanya, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Iswara yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun dalam perjalanan dari arah Beaufort menuju ke arah Kampung Limbawang manakala motosikal ditunggang mangsa dari arah Kampung Mempagar menuju ke Kampung Kubu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Iswara yang sedang bergerak di laluan utama dilanggar dibahagian tepi sebelah kiri oleh motosikal mangsa yang keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelah kiri.
“Akibat kejadian itu, mangsa parah dibahagian kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Beaufort manakala pemandu Proton Iswara tidak cedera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelasnya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK