KENINGAU: Seorang lelaki melecur di tangan selepas cuba menyelamatkan diri dari rumahnya yang terbakar dalam kejadian di Kampung Mempikit, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun yang berjaya keluar dari rumahnya terus diberikan rawatan awal pasukan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) sebelum dihantar ke Hospital Keningau.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.35 pagi melalui talian MERS 999.
Katanya, sepasukan enam anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan Tony Sipin dikerah ke lokasi kejadian bersama dua jentera dan sebuah EMRS.
“Kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal dengan anggaran keluasan 167 meter persegi yang terbakar 80 peratus.
“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa 26 tahun cedera di bahagian tangan semasa kejadian dan sudah diberikan rawatan awal oleh pasukan pasukan EMRS,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 11 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.39 pagi,
Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kebakaran dan anggaran kerugian dalam kejadian berkenaan.-http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK